Pindah
Meh jalan sini pulak.
Relax jap..

Lain padang lain belalangnya, lain tempat lain orang dan ragamnya. Betul ke peribahasa ni ?
Pertama kali memandu di Jepun tahun lepas, perkara utama yg paling di risau ialah kalau tangki minyak dah susut. Ingat lagi masa tu suruh hubby pergi penuhkan tank supaya senang nak bergerak. Perjalanan rumah ke sekolah memang jauh dan sudah tentu seminggu sekali perlu di isi. Jadi suatu hari nampak jarum meter dah ke bawah, rasa cemas la juga sebab tak pernah tahu macamana cara dan adat Nihonjin memenuhkan tank. Mestilah sama melalui corong yg sama. Tapi self service ke atau duduk saja ?
Tak ingat stesyen mana yg di singgah utk pertama kali tapi yg pasti perkara pertama yg masih di ingat sampai sekarang ialah layanan dan budi bahasa staff kat stesyen minyak tu. buat pertama kali ada yg bukakan pintu, ucap selamat pagi, senyum sampai ke pipi, tanya ada sampah ke ? ada habuk rokok ke ? ..hihi.. mula2 tu memang la tak faham, tapi bila dia buat aksi merokok barulah tahu dia nak tolong buangkan habuk rokok. Dah selesai bgtau nak isi minyak jenis apa, berapa yen, bayar cash atau credit, ada satu lagi soalan.. nak tolong lap tingkap, boleh ? Oh ya terlupa ada satu lagi.. ini paling kelakar, 'puan, silalah ambil kain lap ni dan puan boleh lap stereng kereta puan.' Mak ooii, 1st class punya layanan. Bila balik rumah cerita kat hubby bab yg staff tu minta habuk rokok, tergelak2 dia ketawa.
Sekarang dah tak cemas lagi malah rasa seronok pulak bila pergi stesyen minyak di Jepun ni. Apataknya jadi macam bos pulak duduk dalam kereta, ada yg tolong layan semua kehendak kita. Sampaikan bila nak mulakan perjalanan semula pun mereka tolong!. Mereka akan tanya nak ke kiri atau ke kanan jalan ? Dengan serta merta mereka akan berlari dan menunggu di tepi jalan memastikan ada tak penunggang basikal atau pejalanan kaki yg lalulalang. Selepas yakin tiada kereta di jalanraya besar, mereka akan tunduk hormat sampai ke paras pinggang dan beri laluan. Kalau ada kereta pun di jalanraya besar tu, mereka akan cuba menahan kereta yg lalu lalang supaya memberi laluan kepada kereta kita!.
Pernah bulan lepas, nampak tayar kereta macam dah kurang anginnya. Mulalah rasa cemas semula sebab tak tau nak gunakan pam isi angin di sini. Macam biasalah selepas order minyak, bgtau kat staff stesyen minyak ni nak isi angin tayar. Dia angguk dan tak sampai 3 minit dah siap keempat2 tayar. Menakjubkan!. Tak lama lepas tu, dengar dia cakap ' don't worry, no problem everything is ok!'... kelakarnya sebab saya jawab '.. hai, arigatoo gozaimasu'. Senyum-senyum sorang lepas tu. Org cakap BI aku jawab Jepun. Sebenarnya dia cakap macam tu sebab masa dia isi angin tayar tu saya turun dari kereta dan nak bgtau supaya isi keempat2 tayar, rupanya dah siap. Huh! memang tabik spring kat diorg ni semua. tak tau la di tempat lain.
Nak masak apa ?

Cuba tenguk betul-betul gambar kat atas tu, ada sesiapa yg boleh agak saiz cili merah tu ? Yg berwarna hijau tu timun. Timun tu pun berbeza sikit dengan yg selalu di beli, besarnya timun jenis ini seperti timun yg terdapat di pasaraya Malaysia. Jadi minggu lepas semasa pergi ke pasar basah tu terjumpa la cili ni rasanya paling besar dalam dunia kot. Apalagi mesti la borong. Bila di masak, fuhhh.. merah menyala! Baru la nampak berseri-seri.
Sejak seminggu ni selera macam naik turun je. Ada pasang surutnya juga bila citer bab makan ni. Makan tak lalu mandi tak basah. Macam menu dah di cuba, tapi tetap rasa jemu. Agaknya dah tak sabar nak jumpa mereka. Emmmm.. lambat lagi, tapi mungkin sebab buat plan sana sini tu yg asyik teringat nak balik je!
Di jadikan cerita bila dah tak selera tu hari ni pergi membeli belah kat China Town. Dah sebulan lebih tak singgah sebabnya susah nak cari parking. Nak jalan kaki karang balik kena mendaki bukit dengan barang-barang tu sakit lak sana sini. Jadi tadi pusing-pusing jumpa parking kosong seronoknya bukan main. Dalam kepala ni dah tak sabar nak beli serai, daun sup, daun limau purut dan lengkuas.. nak masak yg pedas-pedas tu eg: soto, laksa, asam pedas etc.. Masa jalan-jalan teringat kata Kak Siti ada sebuah kedai Indonesia di sebelah kedai Siam yg selalu pergi ni. Cubalah masuk kedai tu, pusing satu round .. emmm banyak rempah ratus dari Thai dan Indonesia. Jalan lagi, wah!.. ada telur masin bestnya. Hehe.. kalau hubby mesti suka sangat masak bubur nasi ada telur masin. Masa nak bayar tu, tuan punya kedai cakap 'cabai..'. Ooo.. dia nak suruh beli cili. Bila tenguk cili merah yg besar tu tak de, tak jadilah nak ambil. Saya nak yg besar. Dia senyum je.
Dah selesai kedai yg ni pergi pulak ke sebuah kedai satu lagi yg selalu pergi. Nak tau apa yg di jumpa ? Manggis 250 Yen sebiji! Mak ooii.. mahalnya. Kalau mengidam agaknya beli ke.. tak beli tu. Cakap je kat makcik tu, sedap buah ni. Saya dari Malaysia. Promosi pulak, bila lagi nak jaja nama Malaysia. Kat pasar pun boleh. Dah tentu kalau pergi kedai makcik ni tangan penuh na k menjinjit beg plastik yg berat ni dah terkial-kial ( penuh dgn serai, lengkuas, kerang dan kangkung). Terlupa pulak nak bawa beg beroda tu bila orang pandang buat selamba je ler.
Apa nak masak untuk dinner malam ni ? Semua dah ada tu..
Jom belajar Nihongo!
Hari ini ada kelas Nihongo, ganti kelas minggu lepas yg tak dapat pergi sebab ada sambutan E****r kat AIS. Pelajaran sekarang memang dah banyak menggunakan buku teks. Memang seronok sebabnya sambil perlu menghafal Hiragana dan Katakana ada sikit-sikit Kanji, sudah tentu mempelajari gaya dan intonasi Bahasa Jepun ni dengan cara tersendiri!. Kih kih.. macam budak darjah satu belajar tu. Baru kenal huruf ABC... a, i, u, e,o... ka, ki, ku, ke, ko... etc. Mula-mula dulu terkeliat juga lidah ni. Tapi sekarang dah semakin lancar. Bila sensei suruh baca buku teks pun dah makin laju. Interesting belajar Nihongo ni.
Dua minggu lepas, sensei dah pesan.. suruh belajar sampai Level 3! Aduhhh.. mampu kah aku ? Di jangka duduk sini 3-4 tahun. Pandai la pulak dia merancang. Katanya kalau dah sampai Level 3 tu macam Level student universiti kat sini la. Dah layak untuk jadi sensei nihongo bila balik Msia nanti. Alamak nak jadi cikgu lak ke ? Kih kih... macam bagus je. Dulu appointment sana appointment sini nak capai target. La ni nak suruh berceloteh lagi. mmm idea yg bagus tapi tenguklah. Macam 50-50 gitu.
Anyway, nak capai Level 3 tu.. kenalah menghafal Kanji lebih 3000 character (apa nak panggil sesatu kanji tu yerk..?). Sekarang ni boleh la sikit-sikit dalam 10-20 kanji. Dia dah pesan suruh hafal 100 kanji sampai hujung tahun ni! Mak oiii.. cam ner nak buat ni ? Sapa ada petua ?
Sebenarnya kat Jepun ni bukan semua Nihonjin pandai atau tahu setiap maksud sesuatu Kanji tu. Rupanya dah zaman moden dan teknologi ni, kebanyakan muda-mudi mereka lupa tentang makna Kanji. Sebab semuanya telah ada di 'key board' pc atau laptop masing-masing. Tinggal klik-klik je. Betul juga kan.. tekan sana keluar la satu kanji. Tekan sini keluar satu lagi kanji. At last mereka pun lama-lama 'terlupa' maknanya.. bila nak baca balik. Itulah kelemahan teknologi moden. Tapi nak buat cam ne. Begitulah peredaran zaman.
Oh!ya ni nak share satu citer hari ini. Selesai kelas tadi, singgah la satu pasaraya ni. Duit dalam poket ni cukup-cukup je untuk membeli-belah, jadi rasa-rasa nak kenalah menambah. Nak jadi cerita semasa sedang "Q" kat ATM tu.. ada satu insident ni. ATM ada dua buah. Masa sedang masuk Q, ada dua orang perempuan di setiap ATM. Saya pun memilih untuk ATM yg di sebelah kanan. Tapi, rasa macam lain je.. bukan sebab orang tu berperangai luar biasa tapi dia dah berdiri lebih 10 minit di hadapan ATM tu!. Mula-mula saya tak perasan, sebab baru dua org selesai urusan di ATM sebelah kiri. Tapi bila dah masuk org ke empat di ATM yg kiri tu, seorang pakcik tu memandang-mandang ke arah saya. Ingatkan dia pelik sangat la tenguk org bertudung ni. Selalu Nihonjin memang macam tu.
Rupanya dia nak suruh saya masuk Q di hadapan dia. Agaknya dia kesian tenguk saya berdiri lama lebih 15 minit di belakang perempuan tadi tu!. Memang betul menguji kesabran kalau nak ikutkan. Tapi di sebabkan ini kat Jepun saya buat muka selamba je la. Nasib baik la pakcik tu tadi simpati kat saya, bolehlah saya 'cucuk' ATM tu. Sehingga saya selesai tu, mungkin dah masuk 7 orang yg menggunakan ATM di sebelah kiri. Tapi perempuan tu masih tak berganjak. Entah apalah agaknya di buat dengan mesin tu. Pakcik tu pulak memang nampak berang jer.. dalam hati ni agaknya bila saya belah tu, mesti dia 'sound' perempuan tu.. nak buat macam rumah sendiri bawa balik la ATM tu! Kih kih...
Denda.
Sudah terhantuk baru terngadah. Nasi sudah menjadi bubur.. macam2 peribahasa melayu. Tapi kalau dah terkeluar surat saman, bayar je lah.
Tapi bukan terkena kat batang hidung sendiri. Setakat hari ini masih cuba elak semua itu terjadi. Semalam, kami sekeluarga jalan-jalan ke suatu tempat ni.. sewaktu berbaris nak masuk ke tempat parking, kelihatan kereta berderet parking di tepi-tepi jalan. Kami membebel sebab jalan dah la sempit kat Jepun ni di tambah dengan suasana kereta yg suka di letakkan di tepi-tepi jalan ni menambahkan lagi sesak!
Tak lama sedang kereta merangkak-rangkak tu, nun jauh di sana ternampak pegawai polisi sedang menjalankan aktivitinya! Menyaman! Wah nampak banyak betul kenderaan yang telah menjadi mangsanya. Kih kih gelak pulak kat mereka.. baru padan muka. Suka sangat lagi park merata tempat. Seminit lepas tu nampak pulak sepasang couple rasa-rasa macam Nihonjin atau pun kalau salah mungkin Chinesse.. ah entah la tapi yang nyata kesalahan mereka bukannya meletakkan kenderaan sesuka hati.. tapi mereka telah melintas di tempat yg tidak sepatutnya!. Tidak menggunakan 'zebra crossing' atau tidak menggunakan tempat melintas untuk pejalan kaki!
Ah.. macam-macam la undang-undang Jepun ni. Pejalan kaki pun terkena tindakan undang-undang. Tenguk wajah mereka.. boring je.. nampak monyok je.. masa polis tu sedang 'bersyarah' sambil pegang surat saman.. kereta kami dah masuk parking ke dalam bangunan. Tak tau la apa aksi seterusnya.
Memang ketat betul, bulan lalu pun ada juga kes macam ni. Masatu kami sedang dalam perjalanan menuju ke hospital. Nampak dua orang pegawai polis sedang menyaman dan 'bersyarah' pd seorang budak lelaki remaja yg baru lepas menaiki basikal. Agaknya dia pun buat perkara yg sama melintas tanpa ikut peraturan! Kesiannn dia..
Huh! sudah tentu mahal bayaran saman. Bukan setakat RM30 macam kat KL. Tak main sikit-sikit tu, paling murah pun selalunya 30000 Yen.. lebih kurang RM 1000! Hah.. jawab jangan tak jawab. Bayar jangan tak bayar. Siapa makan cili dia yg terasa pedas! agaknya kalau kat Malaysia buat cam ni dah lama jalanraya tu semua bertar dan tak berlubang-lubang sebab kerajaan dah kaya. Ye ke...??
Kari dan Roti yg glamer..
Senyummmm.... je la memanjang tadi kat AIS sebab kena puji. Semua cikgu-cikgu diorg ni surprise je sebab nampak semua parent membembet beg yg penuh dgn makanan. Siap dengan periuk nasi, dapur gas, dapur elektrik, kuali elektrik dan macam2 lagi. Bersungguh betul Nihonjin nak buat sambutan ni.
Selain Nihonjin, kat AIS ni ada juga Chinesse(pelajar), Korean (pelajar), Singaporean (guru) dan Thailand (staff). Tapi setiap bangsa hanya di wakili oleh seorang sahaja termasuklah Malaysian. Wujudlah juga suasana international walaupun sebahagian besar di AIS ni pelajarnya adalah Nihonjin Kodomo. Jadi rasa bangga sangat sebab dapat buat sesuatu yg dapat mengharumkan nama negara dan juga agama. Bila ada sesuatu yg pelik tu mulalah kedengaran 'sugoi ne...'. Tambah lagi dengan adanya Roti Jala, excited betul nak tau macamana buat. Guna mesin ke ? Hihi.. mesin tangan je dengan pencetak tradisi. Kira glamer le sekejap. Mereka memang pelik tenguk bentuk roti jala tu.
Selesai persembahan, tiba masa nak sediakan apa yg patut utk makan. Mula-mula mak-mak Nihonjin ni kalut sikit sebab agaknya mereka dah seronok meraikan persembahan anak-anak sampai terlupa nak siap sedia lebih awal. Jadi agak lewat sedikit la makan tadi, sebab nak kena tunggu kuali elektrik tu panas utk goreng mee ( tak sentuh pun sebab ada campur2.. ). Kesian kindergarten class kelaparan. Kuali ada tiga, tambah dengan periuk2 lain huh nampak cam nak buat shotting lak tadi, ramai tukang masak menunjukkan bakat. Nursery student makan dgn cikgu masing-masing kalau tak tentu tambah kalut. Jadi sementara tunggu menu lain siap sedia, dok panas2kan lauk kari ayam tu.. ramai la singgah menjenguk apa yg ada kat depan mata ni. 'Shugoii ne..chicken curry ?? Mmmm yummy.. ' Macam2 la diorg ni mengomel. Nihonjin memang dah pandai makan kari. Tapi cara diorg buat memang simple sangat. Dah tu banyak di tambah dengan sayur-sayuran. Bila sebut coconut milk semua senyum je.. high calories!. Tak pe sesekali makan apa salahnya tak.

Secara keseluruhan memang semua cakap terima kasih dan sedap!. Siap tambah dua tiga kali.. licin. Tak habis2 dok sebut nama Malaysia je. Ada part yg kelakar tu mereka kata lepas je makan kari ayam tu terasa bahang dan panas seluruh badan. Siap berpeluh lagi, eloklah tu kat luar sana sejuk. Ada juga yg siap nak ajak buat party nanti .. alamak. Mereka tak tau yg kita canai sampai kul 3 pagi! Haha.. dua jam betul nak sediakan untuk 140 keping!. Masa nak mula masak pun dah agak lewat. Lepas makan malam masak dulu kari ayam. Pipi pun dah naik bahang dan kemerahan, rasanya sampai sekarang masih ada. Maklumlah masa canai tu gunakan dua non stick pan. Kiri kanan dapur berasap. Satu minit je dah siap satu. Memang tak done nak buat perkara lain. Nak ucap terima kasih banyak2 pd hubby sebab tolong iron baju dan teman, sambil tenguk tv.
Mari memasak siri 5.
Hari ini kita citer bab memasak lagi ye.. maklumlah kalau tak makan nanti lapar kan. Makan untuk hidup la katakan. Jadi kesian kat Rubie dan Ella yg dah tertanya2 dari dulu tentang cara nak menyediakan Roti Jala ni. Jom klik kat sini pada sesapa yg nak cuba menjala especialy untuk Rubie dan Ella. Maklumlah kita ni duk jauh di rantauan .. kongsi-kongsi la resepi kan.
Macam entry semalam sesuatu masakan tu memang banyak resepi dan cara memasaknya. Jadi nak citer la lagi, pagi tadi dah kali kedua buat Karipap Pusing. Resepi yg mula2 dulu gunakan butter tapi yg pagi tadi buat, gunakan majerin dan minyak sayur (Crisco). Memang lebih sedap tapi masalah yg tak pandai dan pakar lagi ni bab nak jadikan doh dia tu supaya tak pecah atau merekah bila di goreng. Ni baru kali kedua buat, lain kali nak ke cuba lagi erk...? rasa cam dah give up je. Ada tak sesapa nak turunkan petua ? Gambar dah snap tapi segan ler nak tunjuk karang ada yg gelak besooo...
Esok, selain ada sambutan E****r kat AIS, parent utk Kindergarten nak adakan jamuan istimewa untuk seorang cikgu yang baru melangsungkan perkahwinan dan kebetulan dia juga akan melanjutkan pelajaran. Kiranya majlis esok ni macam majlis perpisahan jugalah untuk dia. Menunya ringkas je : Kari, Roti Jala, Nasi Putih, Mee Goreng, Sandwich, Kek, Salad dan juga buah-buahan. Semua parent terlibat jadi kurang la sikit beban. Seronok bila adakan majlis dengan Nihonjin, nampak kesungguhan dan kerjasama mereka. Malah kebanyakan dah faham kenapa saya perlu mengambil makanan yg halal sahaja. Sebab tu lah di suruhnya masak kari!. Kih kih.. ( fuh legaa.. tak de la was-was lagi nak makan apa esok )
Cerita hari ini..
Sejak semalam hujan renyai-renyai dah tentu mood pun cam tak ceria je. Tapi kerja-kerja macam biasa la perlu di bereskan. Bak kata Ha boleh di bukukan tapi pasti tak de penghujung. Betui gak tu. Macam ni la kisah seorang suri, dulu2 tak merasa asyik sibuk dgn 'customer'. Jap ke sana jap ke sini, weekend pun ke kadang kena kerja gak. Nak capai target la katakan.
Tapi kini.. inilah masanya! Masa utk keluarga, masa utk diri-sendiri (betui ke Ha, Yani, Kak Lela, Prettybara, Kak Hani dan suri-suri yg lain tu... ), masa utk anak-anak, masa utk apa erk... apalagi belajar memasak le!. Tiap2 hari ada je nak cuba resepi baru.. dah boring melayu, pakistan, dah jemu india, jepun pulak.. dah jemu jawa, perak.. haha! tenguk kat menu.. seluruh dunianya menu ada kot.. termasuklah citarasa antarabangsa. Ada sapa nak share resepi best2 meh la bagi. Beso pahalanya tu.
Bila citer bab memasak ni memang best. Sebab setiap kali kita mencuba tu macam satu pertaruhan pulak. Terutama resepi yg jarang2 kita buat atau yg langsung kita tak pernah buat. Cthnya macam kuih-muih tradisi kita tu, ( aduh rindunya yg amat rindu...) mesti terkial2 nak buat. Setakat rebus2 ke, goreng2 ke semua org leh buatkan. Tapi yg bakar2.. kukus2 ni.. alahai, selalunya jadi mcm tak jadi.
Kalau nak buat sesuatu jenis kek atau kuih tu, mesti ada dua tiga resepi dan sudah tentu berbeza cara buatnya. Tiap kali cuba tu macam2 bentuk dan rasa.Kadang fikir best jugak mencuba banyak kali ni. Selagi tak dapat yg best tu selagi tu la nak mencuba. Bila bahan dah tak de tu mula pening2 nak ubahsuai. Agaknya bila balik nanti, berterusan ke rajin macam ni ? atau pergi beli kuih tunjuk je ? Hehe.. tepuk dada tanya selera.
Begini kisahnya.. hari Jumaat nanti, ada jamuan kat sekolah anak-anak. Ada sambutan utk kristian diorg tu la. Malas nak join tapi nanti jadi sombong pulak. Aduh.. masak lagi!!. Ada ke patut pagi tadi terbaca memo yg di edarkan pd semua ibu-ibu utk memasak. Hari tu kata nak order kedai je! Dah tu pandai pulak yg arrange ni buh nama kita utk buat KARI!. aik macam perli pulak dah boleh kata selalu sangat si Along dan Angah tu bawa O Bento dgn kari. Kalau Adik tak suka sgt. Bento Adik mmg Jappanese Style.
Nampaknya lusa menjala lagi la kita!. Ada sapa nak join ?? Dozo.....
*(p/s: apalak melalut citer pasai makan arini.. benornya tadi g osaka.. dah boring sebab jalan jame kat highway, dah ler hujan.. nak balik semula tu tersesat lak nak masuk h/w.. mujurlah ada Navigator tu ; pergi kerana terpaksa )
Dua - tiga hari yg lalu...
Kira-kira.. lama dah sgt tak menulis. Mesti you all dah boring dtg sini, tuan rumah asyik tak de je.
Mmmm, Khamis tempohari.. dah tersangkut dlm jame sebab ada accident.. nak menulis dah tak de mood. Lama sgt sesak kat Route 43.. hinggakan nak menjemput anak2 pun dah terlewat 30 minit. Sampai rumah dah boringgg je. Hehe.. selalu jalan ok je, tetiba lak kena jame hampir sejam memang le.. hangin. Teruk la jugak accident tu. Remuk bahagian hadapan kereta tu.
Jumaat lak, jalan-jalan ke Osaka. Tak pernah pun pergi Osaka ni seorang2. Satu-satunya sebab cam lambat je dah terbiasa memandu tetiba lak nak duduk dalam train. Bunyi cam boring... memang betul pun.. kena berdiri je sepanjang jalan. Mujurlah 20 min je dari Ashiya. Sebabnya lepas hantar anak-anak pagi tu... park kereta kat sekolah, naik bas pergi stesyen JR dan naik JR ke Osaka. Lepas tu nak kena naik subway lagi. Tu yg malas, nak mencari kedai ni bukannya biasa.. setakat berpandukan peta yg member hubby bagi. Sampai kat tempat tu, rasa2 boleh cari.... aahh naik je le teksi ni. Pusing2 tak sampai 5 min. Tapi dah dek takutkan sesat dan lambat, naik la teksi. Dah agak dah, orang memang ramai.. belek-belek jumpa dah mana nak beli. Betul gak kata hubby kalau bawa anak-anak memang tak done nak fik,ir.. tak de feeling nak memilih.
Perjalanan balik rasa dah senang.. ikut jalan lain..jalan kaki je 5 minit gak. Mmmm dah sampai subway. Terus je naik sampai Umeda, Osaka dan ambil JR ke Ashiya.. huh sekejap je dah sampai. Tiba sekolah pun cukup2 masa.
Cari apa erk ??? Noritake!. Punyalah jauh mencari.. mmm kalau tak di sebabkan ada sale, mmg tak de la nak ke sana jauh-jauh. Memang murah.. mak cik ni pun borong le mana yg berkenan. Hehe.. borong bukan cam borong ikan kat pasar.. borong dengan istilah nak dapat diskaun tu. Beza dlm 30% la jugak. Kalau beli kat kedai pd harga biasa, memang rasa tak berbaloi. Fikir-fikir cam nak je semua tu.. cantik!!. Kalau kat Msia memang la tak dapat harga semurah tu.
Semalam dan hari ni, melayan anak-anak berjalan-jalan dengan ayah diorg. Maklumlah dah lama tak bawa berjalan jauh. Asyik kerja pada hari sabtu, so.. dah bgtau kat hubby .. bagi la masa kat anak-anak. tu yg berjalan ke sana sini. bukannya membeli apa pun, balik-balik dengan mainan je. Petang tadi sempat la sekejap tunjuk kat hubby fish market yg saya pergi last week. Hari ni jumpa lagi cili merah tu malah yg lebih besar pun ada. tapi gambar tak upload lagi. Esok lusa ada la tu kat album. Sambil ke pasar tu pun anak-anak dah bising nak pergi playground. Baca citer kat sini la pulak.
Ok, kawan-kawan dah singgah kat fotopages ? Ada ler update sikit-sikit gambar tu. Jommmmm tenguk apa ada ?.
Macam ni la, hari-hari yg berlalu..
Jawab komen dulu kay..
Tagboard no. 1 :
<Mely>: salamz n mornin akakkk
lynn : morning mely..
<Mely>: pekabo nie akak? cehat dak?
lynn : akak sihat mely.. mely cam ner lak ?
<Mely>: hows wiken? sonok?
lynn : mmm, cam biasa je.. dok umah.. cuma jalan2 cari makan je .. malam minggu tu..
<halela@okinawa
>: wah, sampai 2 shoutbox!!!
lynn : ada dua sebab kdg2 yg ni tak leh guna..
<kakngah>: assalamualaikum
lynn : walaikumsalam kakngah..
<zino>: teringat kisah kami nak meng oder makan di sebuah restoren di osaka dulu.. cakap tak geti.. tarik pelayan tu pi kat luar tunjuk kat sample yg di pamir.. hehe
lynn : betui tu zino, kdg2 kami pun tak leh nak fahamkan diorg jadi mcm ayam dan kucing bercakap.. terangguk-angguk.. tergeleng2.. eh mcm ne erk.. ayam dan kucing bercakap tu.. hihi...
<Mely>: dh lamer mak xbelikn ly mainan... huk huk hukkkk :P
lynn : meh cakap nak hadmainan yg cam ner tu.. boleh post.....
zareda>: lyn, besnyer anak anak makan kat situ ek
lynn : best sebab boleh dpt mainan free dan kdg tu ayahnya terpaksa gak beli sbb ada di pamer juga mainan utk di jual... uhu.
Tagboard no. 2 : |
LadyPrettyBara: ntah la kak.. ayu pun dh ckp camtu kt mereka2 yg tak leh masuk.. give up arr kak.. rasa nk delete jerk sumer2 tu.. ************************* ************************* *** Maaf kepada pengunjung, lama pulak tak post entry kat sini. Tiap2 hari buka blog tapi sekejap je lepas tu dah sibuk dengan perkara lain. Oh ya, ni nak minta jasa baik kawan-kawan pengunjung.. blog yg satu lagi ni, ada masalah ke kalau masuk ? Boleh baca tak ? Lagu keluar tak ? saiz besar sgt ke ? dan ada komen boleh la tulis kat sini atau kat blog yg tu juga.. arigato gozaimasu! |
Di meja makan.
Malam minggu hari tu sepatutnya kena pergi dinner dgn YDPA tapi memandangkan hubby tak berapa sihat sejak dari malam dah tak tidur di samping jemputan yg dah 'last minute' tu malas rasanya nak pergi. Kami tak bersedia. Akhirnya kami tak jadi pergi dan selepas maghrib, keluar berjalan-jalan di malam minggu. Kemana ? Apalagi jalan-jalan, mencari makan ler.
Kami jarang makan di luar. Sebab tukang masak yg sorang ni dah melekat kat dapur sepanjang waktu jadi kalau nak pekena makanan kat luar tu kena fikir seribu kali. Menu apa ? Japannese ? Pakistan ? Indian ? Thai ? Besar tak kedai tu nanti ? Anak-anak macamana ? Huhu.. byklah check list kalau nak makan kat luar ni. Tapi bila dah letih dan jemu nak makan masakan sendiri.. jom pergi makan kat sana...!
Apa yg nak di kongsikan di sini mungkin dah biasa di alami oleh kawan-kawan yg juga sekarang tinggal di Jepun. Sebab kebanyakan restoran mengamalkan kaedah yg lebih kurang serupa walaupun tak sama. Daripada apa yg telah di perhatiukan selalunya restoran Jepun dan restoran Itali yang mengamalkan kaedah ini.
Apa dia ? Melayan karenah anak-anak. Sudah tentu bila nak pergi makan kat luar perkara utama yg menjadi masalah selalunya ialah mendisplinkan anak-anak kecil di meja makan. Tambah-tambah lagi kalau restoran tu jenis yang sunyi-sepi macam tak de orang. Makan pun tak leh nak bising-bisng bunyi sudu garpu. Hehe.. kami memang serik nak pergi restoran yg seumpama ini.. sebab dah pernah kena tegur. Masatu pergi makan malam dengan keluarga Kak Maz yg dah balik Msia tu. Maklumlah anak-anak kecil ramai.. memang la riuh. Siap dah nak berkejar-kejar dalam restoran tu. Kebetulan masatu kami duduk di ruangan yang berlantaikan papan. Jadi, setiap kali anak-anak turun naik dari kerusi memang la asyik kedengaran bunyi tapak kasut je. Rasanya adalah dua kali pelayan tu menegur. Hehe.. tak tau nak cakap macamana malunya kami, tapi nak buat macamana kan.. dah budak-budak ni kecil lagi, bukannya mereka faham. Akhir sekali saya la mengalah ajak mereka keluar dulu bermain di tempat lain.
Jadi apa yg nak di kongsi ni sebenarnya cara mereka melayan anak-anak ni daripada lasak di meja makan. Selalunya pelayan-pelayan restoran atau pemilik kedai ni akan bagi mainan secara percuma untuk setiap seorang kanak-kanak. Di samping itu, 'bip' - alas makan di baju tu pun ada pelbagai corak. Di tambah juga dengan alas pinggan-mangkuk pun ada pelbagai gambar kartun. Jadi setiap kali datang pasti anak-anak kami merasa seronok. Sambil menjamu selera sambil bermain. Jadi tak payah la nak bawa mainan dari rumah. Sebabnya anak-anak lebih berminat dapat mainan yg baru ni walapun harganya tak seberapa.
Nak tenguk aksi mereka ? Klik di sini ye...
Tertunai sudah..
Ahhh.. lega. Macam tu ler perasaan sekarang berbanding semalam. Tak percaya ? Boleh ke ? Sedap ke ? Apalak komen beliau nanti ? Huhu.. tak tau nak luahkan macamana. Tapi, memang tabik la kat baginda.. selera beliau memang macam rakyat jelata. Nak kuih muih tradisi kita ( roti jala, bihun goreng, mee goreng termasuklah juga kek), nak makan nasi putih kita, sayur kobis, kari ikan, sambal tumis, ikan goreng dan tak ketinggalan.. sambal belacan! Wah.. memang kagum sebab beliau memang tidak seperti yang di jangkakan. Yealah dia pun insan biasa..
Tapi tugas yg berat2 tu semua Kak Mus yg tunaikan. Maklumlan dah 'menjala' di subuh hari.. memang tak menang tangan. Kuih-muih lain Kak Siti yg sediakan pulak. Terima kasih Kak Siti! Selepas hantar makanan2 tu tadi ke ofis hubby ( mereka la handle lepas tu..) terus je patah balik ke Kobe. Mujurlah Kak Siti jadi teman, kalau tidak sure mengantuk sebab hujan renyai-renyai lak turun di sepanjang jalan.
Sementara menunggu anak-anak singgah sebentar ke pasaraya. Dalam perjalanan pulang ke rumah dah mula terasa sakit dan lenguh2. Maklumlah dah lama tak memandu begitu jauh Kobe-Osaka. Sampai je rumah terus ...zzzzz. Tak pernah pun tidur siang. Hehe.. nampak betui letihnya.
La ni, baru ler rasa segar dan boleh la nak update citer baru.
Satu amanah atau tanggungjawab.
Bila sesekali dalam hidup kita melalui perkara seumpama ini pasti akan di kenang sebagai satu kenangan paling manis dalam hidup. Malah mungkin itulah yang menjadi kan diri kita berusaha untuk membuat yang terbaik dalam sesuatu tindakan. Bukan diri sendiri yang patut merasa bangga.. keluarga, suami atau isteri, orang di sekeliling, rakan-rakan dan sesiapa juga akan merasa bangga apabila kita berjaya dalam melakukan sesuatu perkara itu.
Justeru, sekiranya ada satu tanggungjawab atau amanah yang di beri seharusnya kita cuba laksanakan dan tunaikan dengan sebaik mungkin. Agar pihak yang menyerahkan tugas itu merasa puas hati dan bangga dengan keupayaan kita.
Sebenarnya kalau siapa yang sedar atau tidak, YDPA kini berada di Jepun. Sudah menjadi adat kalau 'orang-orang besar' datang ke sini.. tentu kita sebagai rakyat jelata turut terlibat samada secara langsung atau tidak. Kecil atau besar peranan itu tidak menjadi ukuran. Namun bila kita telah dapat menyumbang sesuatu bagi tujuan meraikan mereka sudah tentu ianya melahirkan seribu satu perasaan.
Jadi, esok kami menerima tugas dan amanah untuk menyediakan masakan Melayu sebagai santapan beliau dan pengiring. Cuba anda bayangkan bagaimana perasaan kami ? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Di sini tidak ramai keluarga Melayu hanya beberapa kerat sahaja. Namun itu tidak menjadi halangan bagi kami ( para isteri...) untuk sepakat dalam memenuhi permintaan mereka.
Nampaknya malam ni, berasap la dapur kami.
Jom pergi pasar.

Ada apa pulak dengan cili merah ni ? Ada yang pelik ke ? Sebenarnya inilah antara benda yang paling susah nak cari di Jepun selain serai, daun sup dan juga sayur kangkung. Biasanya kalau dah teringin tu pergilah mencari di China Town tapi sudah tentu mahal. Memang selama setahun duduk di sini cuma dua tiga kali je dapat merasa cili merah ni. Selalunya hanya guna cili kering atau cili padi yang pedas gilerr tu!.
Sebenarnya hari ini, Wati (member dari Indonesia yg dah 3 tahun duduk di sini) ajak pergi ke salah sebuah pasar basah yang terletak berdekatan dengan kawasan rumah. Wati pun tinggal tidak jauh dari rumah kami. Jadi seperti yang di rancang pagi tadi selepas menghantar anak-anak, kami berjanji untuk ke sana. Apa yang ada di pasar basah ni ? Suasananya memang jauh beza dengan pasar yang terdapat di negara kita tu. Kalau di Malaysia sebut sahaja pasar tani, pasar pagi, pasar minggu malah ada juga yang menyebut pasar lambak. Agaknya siapa yang tak pernah pergi pasar malam ? Mesti tiap minggu mesti nak kesana kan ? Jadi bila dah lama tak pergi pasar malam tu memang la rindu dengan suasana macam tu. (Huhu.. tak sabarnya nak balik kg!)
Di Jepun memang semua orang tahu barangannya memang mahal. Jadi bila dapat tahu ada tempat yang murah sudah tentu berusaha untuk kesana. Tambah lagi barang tersebut merupakan barang keperluan harian. Terutamanya barang dapur. Sebelum ini kami ada juga terjumpa pasar basah seperti ini di salah satu kawasan di Akashi (tidak jauh dari Sannomiya kira-kira 15 minit menaiki kereta) yang menjual barang seperti ikan segar, sayuran, buahan dan juga permainan malah terdapat juga pinggan mangkuk Jepun yg pelbagai corak turut di jual.
Jadi bila dah sampai ke pasar tu tadi. Rasa seronok la pulak. Sebab nampak sayuran yang segar dan sememangnya jauh lebih murah. Rata-rata harga seikat atau selonggok adalah sekitar 100 yen - 200 yen. Buah-buahan pulak ada banyak pilihan. Sebut sahaja nak limau yang saiz kecil, sederhana, besar dan paling besar ??? Semuanya ada. Buah tembikai susu sememangnya mahal kalau di sini. Jadi jarang la membeli. Tapi hari ni terjumpa yang berharga 500 yen sebiji besar tu. Seronoknya dapat makan, manis! Lain-lain seperti anggur dan strawberi juga murah. Rasanya kalau bulan puasa tu mesti dah borong semua ... ha ha ha!
Ikan pulak, nak cari yang seekor-seekor macam kat KL memang susah. Jadi bila dah terjumpa tu tadi apalagi borong le mana yang berkenan. Selalunya kalau di pasaraya biasa, mereka akan potong ikan-ikan yang jenis seperti mackerel besar tu dalam bentuk keping-keping. Jadi tak berkenan la nak beli. Biasanya cuma beli udang dan sotong je.
Nampaknya lepas ni dah semakin jarang la nak singgah ke pasaraya yang biasa tu. Kuranglah pulak pendapatan mereka, di sebabkan seorang pelanggan dah lari .. kih kih.
Cuaca cerah.
Sejak semalam, keadaan sudah hampir kembali seperti biasa. Matahari sudah mula memancar dengan cerah. Langit pun membiru dengan tenang. Suasana menjadi ceria dan keadaan udara pun tidak lagi terlalu sejuk seperti bulan-bulan yang lepas. Apabila cuaca seperti ini muncul di waktu musim sejuk, pasti teringat kepada keadaan panas terik di tanahair. Bagaimanalah agaknya sekarang ?
Waktu juga sudah banyak berubah. Kalau di awal musim sejuk dulu, jam 4 petang dah mula gelap. Rasa macam tak puas je menikmati keadaan siang. Tiba-tiba sahaja rasa dah malam. Namun kini, puas dapat menikmati waktu di sebelah petang. Kelihatan matahari turun di sebelah barat dan sudah tentu saat menunggu matahari terbenam adalah saat yang paling indah. Namun tinggal di kawasan pergunungan tidak memungkinkan ianya terjadi.
Di sana-sini juga ramai yang melahirkan kegembiraan dengan tibanya musim bunga dan cuaca yang sudah agak panas. Maklumlah, bila suasana sejuk tu seolah-olah hidup tak ceria dan muram sahaja.
Hobi baru.
Hujung minggu tidak kemana-mana pun.Selalunya macam biasa dengan urusan harian yang tak pernah ada habisnya. Lagipun kalau hari kerja hubby memang balik lambat kerana menjelang nak ada seminar yg bolehlah di katakan besar juga banyaklah kerja-kerja kat pejabat tu perlu di habiskan dengan segera. Tambah pulak staff cuma 5 orang. Jadi hujung minggu selalunya kami berehat sahaja di rumah. Sambil melihat buku pelajaran anak-anak bagi juga peluang mereka bermesra dengan ayahnya. Sebelah petang tu, kadang-kadang kami pergi ke taman permainan.
Dua tiga hari yang lepas, ada perkara yang di pelajari iaitu membuat roti. Seumur hidupku belum pernah lagi merasa roti yang di buat sendiri. Bila dah sampai ke sini banyak sangat makanan yang tak boleh.. jadi suatu hari tu merungut lah dengan hubby tentang susah nak cari roti yang halal. Apalagi selang dua tiga hari dia bagitau nak belikan 'Bread Maker'. Ramai juga kawan-kawan yang beli seperti Mariam, Kak Siti dan Yusof. Jadi saya pun tak ketinggalan hendak mencuba.
Nah... inilah hasilnya. Tak sangka menjadi macam kat kedai tu! Hubby kata ... mmmm mcm roti gardenier!. Ha..ha.. tak sangka pulak dia boleh cakap macam tu. Tapi memang lembut dan puas hati merasanya. Ada sesiapa nak order bolehlah order!!.( kih..kih..). Lepas ni kami dah jarang beli roti kat kedai-kedai. Cuma kadang-kadang tu beli juga kalau tak sempat nak buat sendiri.
Mesin pembuat roti tu, semua arahan dalam kanji,hiragana juga katakana. Selepas beli mesin tu tunggu dua tiga hari.. tak faham lagi nak buat macamana. Sebab semasa beli di kedai, Nihonjin tu langsung tak tau nak berbahasa Inggeris. Bila tiba hujung minggu, jemput Mariam datang rumah. Sambil-sambil makan-makan tempohari, dialah tolong terjemah di bahagian utama mesin tu. Mana satu fungsi untuk roti biasa, roti lembut, roti keras, pizza dan kulit roti. Untuk bahagian resepi anak Kak Siti (Athirah) yang tolong terjemah. Dia memang fasih menggunakan Nihongo. Tabik spring kat dia. Itupun tak semua lagi di terjemah. Setakat ini, baru roti, pizza dan donut sahaja yang menjadi. Lain-lain resepi masih dalam 'proses pembelajaran'. Untuk tepung, gula, garam, air, susu dan telur sudah di hafal awal-awal lagi. Sebab tu dah menjadi perkara wajib untuk membaca resepinya. Huhu.. hasil penat lelah meneliti dan membelek akhirnya tercapai juga apa yang di impikan.
Justeru suatu pagi di hujung minggu.. terciptalah ia untuk pertama kali.
* Jom klik yg ni juga, tapi lagu tak kuar ler.. Tiey apasal erk.. ni yg sedih ni.
Oh Malaysiaku!
Seperti yang di jangka kami pulang lewat malam dari rumah Yoshimoto San semalam. Bukannya suka sangat nak duduk rumah orang lama-lama tapi di sebabkan melayan pertanyaan tetamu yang bertubi-tubi macam peluru berpandu.. kami sampai di rumah jam 12.00 malam. Nasib baiklah hubby ambil cuti hari ni. Jadi lewat sedikit menghantar anak-anak ke sekolah.
Rupanya ramai tetamu yang hadir semalam berminat tentang Malaysia. Malah kebanyakkan dari mereka memang kenal dengan Malaysia sebab ada pernah sampai ke sana. Tidak seperti selalu kalau terjumpa mana-mana Nihonjin mereka agak keliru. Bila di sebut Singapore atau Thailand barulah mereka tahu di mana kedudukan Malaysia sebenarnya.
Jadi keseluruhan topik semalam banyak berkisar tentang Malaysia. Kumpulan pertama berminat nak tahu tentang Islam dan masyarakat Malaysia. Mereka juga nak tahu macamana cara kita menjalani ibadah puasa. Macamana rasa bila tak makan dan tak minum seharian. Malah mereka juga pelik dan hairan bagaimana kita boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa walaupun tanpa menjamah makanan dan minuman di siang hari. Sampaikan salah seorang Nihonjin tu cadangkan agar mereka pun mencuba untuk berpuasa pada bulan Ramadan nanti.
Bila hubby sampai pulak dari pejabat kira-kira jam 8.00 malam, giliran dia bercerita tentang Malaysia... kat mana lokasi yang menarik, bangunan tinggi KLCC, jalanraya kita, makanan kita yang pedas-pedas tu dan juga soalan yang tak sedap di dengar tentang tandas yang begitu menyusahkan Nihonjin. Mereka tanya kenapa kat Malaysia tak ada tisu paper ?? Huhu.. tak taulah macamana hubby cerita sebab masa tu saya berada di dapur bersembang dengan Yoshimoto San. Bak kata Kak Lela, tandas di Jepun memang semuanya dah moden..
Malah saya juga kagum sebab salah seorang tu mempunyai rakan yang tinggal di Malaysia dan bekerja dengan MAS. jadi dia memang pernah datang ke Malaysia dalam tempoh 10 hari. Apa yang membuatkan saya kagum ialah dia dapat menguasai bahasa melayu dalam tempoh yang singkat. Malah dia juga berminat dengan pakaian kita terutama baju kurung dan kebaya.
Kesimpulannya mereka suka nak datang ke Malaysia dan nak tahu bagaimana kita boleh hidup aman damai walaupun kita mempunyai tiga bangsa dan budaya yang berbeza.
Nak ke mana hari ni ?
Seperti yang di janjikan, petang ni hendak ke rumah Yoshimoto San, sensei Nihongo. Beliau adakan jamuan makan sempena sambutan Hina Matsuri jam 6.00 petang. Tak sabar dia jamu kami makan sushi. Sushi memang menjadi jamuan utama setiap kali ada sambutan seumpama ini. Kali ini jenis lain pula yang akan kami makan. Iaitu Inari-sushi (Sushi Pockets). Hari minggu yang lepas, kami di jamu Temaki-Sushi (Hand-Rolled Sushi) di rumah sahabat Along dan Angah. Jadi Yoshimoto San pun nak ajar kami makan Inari Sushi tu. Selain itu, dia juga akan sediakan Kek Hina Matsuri!. Wah macamana la pula bentuknya ? Katanya ianya berbentuk tiga segi. Mmm tentu bersemangat dia.. sebab, anak dia cuma seorang dan berusia 6 tahun. Kawaii desu!
Jadi sebagai buah tangan dan hadiah, puas mencari tak jumpa untuk belikan Dolphin Doll, hehe.. terpaksalah pergi juga ke Suma Aqualife Park untuk dapatkan Dolphin Doll. Sebenarnya anak dia (Hina Chan) dah banyak Doll. Tapi di sebabkan ada suatu hari tu, dia dah bagi Dolphin Doll Hina chan pada seorang budak lain, jadi anak dara dia tu menangis tersedu-sedu hendakkan Dolphin Doll tu. Apalagi bila tanya Yoshimoto San apa yang patut di beri sebagai hadiah ? Beli sahaja Dolphin Doll. Mesti nanti Hina Chan suka sangat. Untuk Yoshimoto San hadiah kan sahaja buah-buahan tetapi sudah tentu berbungkus cantik. Begitulah adat budaya Nihonjin dalam memberi saguhati.
Pergi cari doll tu tadi, bawa adik. Apalagi dia pun nak juga.. '.. ini Bu yang 'blue' untuk Adik dan juga Along, 'pink' untuk kakak..' pandai betul Adik memilih.
Entah apa-apa ...
Dua tiga hari tak update blog, penyakit 'M' dah datang. Pagi tadi pergi kelas Nihongo borak2 je dengan sensei. Topik hari ni cerita tentang budaya Jepun dan juga earthquake 10 tahun yg lalu. Dia tunjukkan gambar2 kejadian yang begitu menyedihkan, begitu menginsafkan. Sambil tu pelajaran hari ni juga tentang 'action' atau gaya bunyi bahasa jepun. Terkial-kial lidah ni nak menyebut, huhu..
Nak edit blog sambil jadi haru biru style blog hari ni..... beginilah rupa kalau dah boringggg!
Hina Matsuri.
Hari Khamis 3 Mac nanti ada sambutan Hina Matsuri di Jepun. Ianya merupakan Doll Festival atau Girl's Festival atau juga di panggil Momo-no Sekku (Peach Blossom's Festival ) di mana ibubapa berdoa supaya anak perempuan (budak perempuan) mereka menjadi anak yang berjaya di masa akan datang dan bergembira. Pada hari tersebut juga mereka akan menghias rumah dengan Hina-Ningyo (patung istimewa yg berbeza daripada anak patung yg biasa seperti dlm gambar). Hina juga bermaksud - anak patung dan Matsuri - bermaksud Festival.

Most homes with young girls will set up a display of hinaningyo (hina dolls) like the one you see above. The dolls were originally handmade, but have since become mass produced. Around the display peach blossoms, rice cakes, special colored and diamond shaped rice cakes called hishimochi and white sake are placed as offerings. This festival has been celebrated in Japan since the Edo Period (1603-1867).
The main dolls used in the displays are "Odairi-sama," a prince and "Ohina-sama," a princess, who sit at the very top tier, surrounded by their courtiers.
- hina
Sebenarnya sensei dah bagitau tentang Hina Matsuri ni sejak awal bulan lagi sebab dia akan adakan jamuan pada hari tersebut. Lagipun anak dia bernama Hina. Jadi kebetulan hari ini, merupakan hari Ahad.. salah seorang ibubapa kawan Along dan Angah menjemput kami datang ke rumahnya. Mereka merupakan keluarga yang pernah datang ke rumah kami pada bulan lalu. Jadi seumpama kunjungan balas, kami menghormati majlisnya dan turut hadir siang tadi. Selain menjamu hidangan, mereka juga akan memasang lagu Hina Matsuri. Anda boleh juga mendengar lagu Hina Matsuri di sini.
Di Jepun memang ada pelbagai festival untuk setiap peringkat umur. Antaranya seperti Hina Matsuri, Children Festival (khusus pula untuk budak-budak lelaki), Respect for the Aged Day, Coming of AgebDay, Citizen's Day, Mother's day, Father's day dan banyak lagi. Walaubagaimanapun pada 3 Mac nanti bukanlah merupakan hari cuti umum di Jepun. Berbeza dengan Children Festival pada 5 Mei merupakan hari cuti umum. Masih tidak di ketahui mengapa Hina Matsuri tidak di isytiharkan sebagai hari-hari cuti yang lain.
Looks!
'Ibu.. it's snowing!.' .. snowing...
Ingatkan apalah yang di jerit2kan si anak dara seorang tu dari ruang tamu. Rupanya.. salji turun lagi, mungkin buat kali terakhir bagi musim sejuk tahun ini..
Teringat cuaca di tanah air yang terlalu panas malah di jangka 21 Mac nanti mencecah 40 darjah celcius!. sabarlah semua ye. Kalaulah boleh salji dan suhu yang sejuk ni di hala kan ke sana biar semua serata.. hehe. Bak kata kakngah, bila sejuk teringat pada yang panas.
Hari ini, esok dan akan datang.. itulah kehidupan!
Sejak dua hari yang lalu, rasa semacam je kepala otak ni. Asyik ber'angin' je. Asyik nak marah je.. bila buat sesuatu rasa macam tak kena je. Kenapa la agaknya...? Kdg tu badan rasa tak sedap pulak... ambil lagi ubat yg doktor bagi aritu.. mls nak ambil ubat byk2 tak elok pun, tapi.. apa nak buat. Telan sahajalah.
Bila dah ke tahap 'tension' yg amat tu.. mulalah hati ni tak tentu arah. Tiap kali solat asyik mengalir je air mata jernih ni. Macam2 soalan timbul, mcm2 penyesalan timbul, mcm2 lagilah permintaan, mcm2 lagi kehendak dan azam yg di tanam.. agaknya mengapa fikiran ni jadi kusut masai ????. Rindu kah ? Bosan kah ? Atau apa ? Tekanan ? Adakalanya sukarnya untuk di rumuskan mengapa aku jadi begini ?
Sukarnya membuat keputusan .. semakin meningkat usia, semakin kita perlu berani membuat keputusan sendiri dan perlu cukup yakin yg sesuatu keputusan itu betul2 tepat!
Mungkinkah dugaan dan cabaran di sini betul2 menguji keimanan dan kesabaran selama ini ? Bila bercerita tentang perasaan adakalanya syaitan juga yg mentertawakan.. adakalanya perasaan kejahatan itu sahaja yg menyebelahi. Tanpa di sedari juga ia kunjung tiba sbgi teman, teman seorang wanita di kala menerima tekanan......
Justeru, catatan sebuah perjalanan ini menyaksikan segalanya.. sebagai satu wadah utk mencurah perasaan, tiada siapa yg dapat memahami. Sessungguhnya adat perjalanan hidup memang begitu. Kalau takut menghadapi cabaran usah berkata tentang kejayaan, usah berkata tentang kecemerlangan!. Sahutlah cabaran itu sessungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang, juga maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.
Mungkinkah suatu hari nanti, aku akan mensyukuri segala pemberian hari ini ? Mungkinkah suatu hari nanti, aku akan tersenyum mengingati kembali saat suka duka ku di sini ? Begitulah hendaknya semoga hari ini aku akan terus tabah dan tanpa menoleh lagi kebelakang aku perlu terus melangkah... demi untuk hari esok!.
Kembali ceria..
Hari ini anak-anak sudah mula ke sekolah. Nampak Along dan Kakak dah tak sabar hendak ke sekolah. Tapi Adik, masih nampak letih dan mengantuk. Maklumlah baru sembuh dari demam.. badan memang masih terasa tak bersemangat.
Kelas Nihongo pun minggu lepas tak pergi di sebabkan tumpukan perhatian pada anak-anak yang tak sihat. Tak sabar dah sensei nak suruh cepat sembuh dan sambung balik belajar. Jadi, hari ni lepas hantar anak-anak terus ke rumahnya macam biasa. Hehe.. dah lama tinggal tak buat ulangkaji, kena 'test' katakana dah terkial-kial pulak. Maklumlah asyik duduk sibuk dengan hal anak-anak dan hospital mana ada masa nak ulangkaji.
Hampir seminggu juga rasa macam 'terpenjara'. Yealah.. mana nak bagi ubat pada ketiga-tiga (bukannya perkara yang senang...), urusan harian lagi.. diri sendiri pun perlukan rehat (ambil ubat juga...). Jadi rasa macam 'tekanan' tu dah hilang bila mereka semua dah kembali ceria dan mampu tersenyum. Suasana yang muram dah bertukar ceria. Cuma kadang-kadang ada lagi rengekan..
Kali ini dah tahu dah, sepatutnya sebelum tiba betul-betul musim sejuk aritu kena ambil suntikan untuk Influenza. Rupanya rakan ofis hubby dah suruh cuma dia yg terlupa. Saya pula tak ada siapa nak bagitau. Maklumlah pengalaman baru. Jadi lepas ni semuanya menjadi INGATAN. Ingatkan diri sendiri dan juga kawan-kawan.. UTAMAKAN KESIHATAN!. Kalau badan tak sihat, hidup tidak c.e.r.i.a!
Rawatan demi rawatan..
Semalam kami pergi lagi ke hospital. Kali ni saya dan hubby pulak yang berdepan dengan doktor. Kami pergi agak terlewat sebab melayan karenah dan ragam anak-anak yang sakit. Badan dah terasa sengal-sengal, jadi gagahkan juga untuk ke hospital.
Tiba di hospital dah hampir waktu lunch (11.30 am). Rupanya dah lewat untuk pendaftaran.. doktor-doktor pedriatik dah tak ada. Tinggal doktor untuk appointment. Jadi.. bla..bla.. dengan nurse kami berdua boleh berjumpa doktor. Tapi.. betul2 teruji kali ni. Hampir 2 jam kami menunggu untuk berjumpa doktor, sebab pesakit ramai tambah pulak doktor tak ramai. Hinggakan Along dan Adik tertidur. Hubby pun sama kejap-kejap dia terlelap. Yelah badan tak sihat jadi bila duduk menunggu lama tu mulalah boring dan tak selesa. Mujurlah tak ada ragam yang luarbiasa cuma rengekan Along je. Orang yang ada di sebelah kami dan yang lalu lalang mungkin hairan. Tenguk kami dah le ramai.. siap tidur-tidur baring lagi tu (Along la sbb dia demam lagi..) haha, lantaklah apa depa nak kata!. Janji dapat jumpa doktor.
Mula2 hubby jumpa dulu doktor, lepas tu baru saya. Lama juga dia kat dlm tu tadi. Rupanya banyak le treatment yg nak kena buat. Dah tu ramah pulak doktor tu.. hehe. Part yg tak best tu bila dia nak ambil test utk Influenza. Dia masukkan alat ke dalam hidung.. rasa berangin je dalam hidung. Since dah hubby kata Along mengidap Influenza dan anak2 yg lain juga demam jadi doktor pun suspect kami ada simptom Influenza. Jadi banyak ler test yg nak kena ambil. Satu demi satu di tanya. Bila mula rasa sengal-sengal ? Bila rasa batuk ? Ada balik Msia tak dlm waktu terdekat ni..? Sbb takut terkena denggi ke.. mentang2 la Msia byk kes denggi.. (geram juga bila dia cakap mcm tu). Last2 hubby kena ambil blod test dan saya pulak urine test! Berdebar juga menunggu.. hampir sejam lagi nak jumpa balik dengan doktor.
Sambil tu si kakak dah boring.. macam2 di buatnya. Kesana-kemari sedangkan along dan adik baru terjaga dari tidur jadi segarlah balik. Sempat pergi mencari buku-buku cerita pastu di angkutnya satu persatu. Suruh kami baca. Kalau BI tak pe juga ni semuanya dlm Nihongo. Ada sikit hiragana, boleh la faham2. Lain2 tu kakak suruh cerita juga .. kelentong je la berdasarkan gambar yg ada.
Lastly, doktor bagi juga result dah hampir sejam tu..anak dah makin tak sabar dah lapar. Turun tingkat satu belikan cokelat dan air. Tak lama doktor bagi juga result. Negative!!!. Alhamdulilah.. kami berdua bebas dari Influenza!!. doa kami moga terus bebassss!. Kasihan tenguk along yang terbaring je selama 6 hari tu jadi kalau kami pulak yang terkena kan susah. sebab tu semalam kami b.e.r.s.a.b.a.r juga pergi jumpa doktor walaupun secara keseluruhan habis waktu sehari di sana. Lepas habis hospital kami lunch di restoran itali dan sambung ke klinik yang lain pulak untuk ambil ubat batuk Along. Jam 7 pm baru sampai di rumah.
Suasana sunyi dam muram..
Hujung minggu yang lalu, di lalui dengan suasana yang muram je. Maklumlah di awal pagi Sabtu kami semua dah berangkat beramai-ramai ke hospital. Setengah hari sahaja habis waktu di sana. Balik rumah makan ala-kadar lepastu t.i.d.u.r... Sebelah malam, anak-anak bangun juga sambil baring-baring menonton tv.
Kami berdua pula, turut merasai sengal-sengal badan tu, tapi cuba bertahan lagi. Kasihan betul melihatkan anak-anak. Mereka memang seharian terbaring sahaja. Tidak seperti selalu suasana riuh rendah sahaja yang kedengaran. Ahad semalam pun kami berehat di rumah sahaja. Seorang tidur seorang bangun. Makan jangan katakan mereka tak makan, macam-macam rupanya yang mereka teringin. Sudah dua hari menunya bubur nasi, jadi semalam buatkan la juga pau berintikan daging dan popia goreng. Dah lama teringin nak makan. Si Along memang sukakan kuih pau. Jadi walaupun dia masih demam lagi semalam nampak dia berselera.
Makan tengahari, sediakan kurma daging dan lauk lain. Alhamdulilah, anak-anak boleh makan malah berselera juga.Maklumlah bila tiba musim sakit yang teruk begini selera memang tak de. Itu yang ikutkan sahaja apa kehendak mereka.
Kakak pula dari pagi minta di buatkan 'cookies'. Sekejap2 dia bertanya.. 'Ibu, cookies dah buat ?'. Jadi sebelah petang semalam buatkan juga 'cookies' untuk kakak.
Hari ini, nampak mereka masih lemah lagi. Apataknya susah nak bagi makan ubat. Macam-macam cara dah di buat. Tapi mereka memang susah nak makan ubat. Ubat yang di bagi memang berbentuk serbuk. Dah cuba bagi dalam susu, adik tahu susu dia tak sedap dia tak nak minum. Kakak pula, dah siap letak dalam pisang dan kunyah pun masih terkeliat nak menelan. Jadi cara paksa kadang2 kami gunakan. Along pulak.. memang macam budak kecil pula merengek tak nak ubat. Huh! naik tension kepala kami.
Tenguk macam saya pun nak terkena batuk pulak ni. Hubby pulak, memang semalam dah rasa sengal badan. Nampaknya nak kena jumpa doktor juga tu. Saya mesti kuatkan semangat kalau tidak, siapalah yang nak ambil alih tugas harian kalau dah saya pula yang rebah.